floria - Home page

Home page

Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.

Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.

Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

... Read more »

Views: 57819 | Added by: jandas | Date: 2010-04-06 | Comments (23)

Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan.

Apatah lagi jika mereka mahu memulakan perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina atau berbeza latar belakang kehidupan.

Namun ada beberapa cara berkesan yang boleh diaplikasikan jika anda mahu memulakan perkenalan dengan seseorang. Bagaimanapun anda perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana tidak semestinya semua salam perkenalan itu akan bersambut.

1. Bersedia untuk ditolak
Bukan semua orang selesa apabila ada seseorang yang tidak mereka kenali menghulurkan salam perkenalan. Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini. ... Read more »
Views: 16142 | Added by: jandas | Date: 2010-04-06 | Comments (7)

Di dalam hubungan percintaan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan. Namun bagi sesetengah pasangan, mereka selalu mengabaikan aspek ini dengan alasan ia tidak begitu penting.

Namun harus dingatkan, bercinta sebenarnya bukan peluang untuk anda sentiasa difahami, sebaliknya bercinta adalah satu proses untuk anda membentuk persefahaman agar saling memahami di dalam apa jua situasi.

Di alam percintaan, ia secara tidak langsung memerlukan anda berkorban dan bertolak ansur antara satu sama lain. Apa yang penting dan perlu dititikberatkan ialah percintaan yang terjalin mampu memberikan kebahagian kepada anda dan pasangan.

Bagi mengukuhkan lagi perasaan cinta di antara anda, anda perlu memahami satu persatu tentang prinsip serta falsafah cinta. Dengan cara ini pasti ianya dapat membuka mata dan fikiran anda supaya lebih menghargai cinta.

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, anda perlu mengetahui 13 rahs ... Read more »
Views: 3261 | Added by: jandas | Date: 2010-04-06 | Comments (0)

Di dalam hubungan percintaan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan. Namun bagi sesetengah pasangan, mereka selalu mengabaikan aspek ini dengan alasan ia tidak begitu penting.

Namun harus dingatkan, bercinta sebenarnya bukan peluang untuk anda sentiasa difahami, sebaliknya bercinta adalah satu proses untuk anda membentuk persefahaman agar saling memahami di dalam apa jua situasi.

Di alam percintaan, ia secara tidak langsung memerlukan anda berkorban dan bertolak ansur antara satu sama lain. Apa yang penting dan perlu dititikberatkan ialah percintaan yang terjalin mampu memberikan kebahagian kepada anda dan pasangan.

Bagi mengukuhkan lagi perasaan cinta di antara anda, anda perlu memahami satu persatu tentang prinsip serta falsafah cinta. Dengan cara ini pasti ianya dapat membuka mata dan fikiran anda supaya lebih menghargai cinta.

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, anda perlu mengetahui 13 rahsia yang menjadikan cinta an ... Read more »
Views: 899 | Added by: jandas | Date: 2010-04-06 | Comments (0)

Terdapat pelbagai petua untuk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi. 

Di sini diperturunkan ada beberapa info tentang sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.

Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.

1.
Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka ... Read more »
Views: 36842 | Added by: jandas | Date: 2010-04-06 | Comments (0)

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Salin ... Read more »

Views: 691 | Added by: jandas | Date: 2010-04-06 | Comments (150)

hello.. ada sapa2 disana yang tengah bercinta jarak jauh? Mungkin ramai jugakan yang mempunyai cinta jenis jarak jauh ni.. mungkin berjauhan sebab si dia masuk U atau Kolej yang berada di tempat lain, luar negeri atau negara, atau si dia bekerja ataupun si dia dan anda memang berada di tempat berjauhan contoh bercinta melalui ruang siber atau SMS.. Semasa berjauhan anda pasti merindu si dia, atau anda pasti curiga mengenai si dia.. benarkah si dia jujur dan setia dengan anda.. disini saya ingin memberi sedikit tips untuk sesiapa yang bercinta jarak jauh..

  1. Anda harus sentiasa menghubungi si dia. Sekali sekala call si dia, dan s ... Read more »
Views: 709 | Added by: jandas | Date: 2010-04-06 | Comments (126)

Telah nyata, puisi ku buat mu.
Cinta disemadikan buat diri mu.
Nilai erti cinta ku untuk mu.
Umpama rindu saling merindu.

Erti dan bagaimana ingin mengerti.
Akan erti cinta mu buat diri ku ini.
Percayalah cinta ku, menyintai.
Untuk buat diri mu, yang ku cintai.

Ingin ku,mengisi cinta ku,
bersama diri mu, kecintaan ku.
Berilah erti, pengertian pada ku.
Hakikat pengisian cinta ku dan mu.

Pada pengertian ci ... Read more »

Views: 960 | Added by: jandas | Date: 2010-04-06 | Comments (0)

Sekiranya pasangan anda merajuk disebabkan sedikit perselisihan faham yang terjadi, sudah pasti anda memerlukan masa yang agak lama untuk memujuknya.

Namun jangan susah hati kerana di sini diperturunkan beberapa kaedah untuk memujuk pasangan yang merajuk dengan cara yang paling romantik. Kaedah ini jika digunakan sebaiknya pasti akan berjaya.

Walau bagaimanapun, segalanya bergantung kepada kejujuran serta tahap usaha yang anda tunjukkan. Ini kerana mereka yang merajuk selalunya suka dipujuk dan dirayu sebagai tanda anda menghargai mereka serta menyesali perbuatan yang telah lalu.

Oleh sebab itu, jika teknik pertama tidak berjaya, gunakan teknik kedua dan seterusnya. Lambat laun, hati si dia pasti akan cair dan dapat memaafkan anda.

1. Hulurkan
sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. ... Read more »
Views: 45253 | Added by: jandas | Date: 2010-04-06 | Comments (34)

Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di  alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini ke ... Read more »
Views: 16977 | Added by: jandas | Date: 2010-04-06 | Comments (32)

1 2 »